Karier antarabangsa Gareth_Bale

Wales

Bale bermain untuk Wales dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Belgium pada bulan Jun 2015.

Bale dipilih oleh Wales ketika akhir musim 2005–06 dan membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada 27 Mei 2006.[94] Dia muncul sebagai pemain gentian ketika kemenangan 2–1 ke atas Trinidad dan Tobago, menjadikannya pemain termuda dalam sejarah bermain untuk Wales sehingga rekodnya dipecahkan oleh Harry Wilson pada bulan November 2012.[95] Bale, yang hanya berumur 16 tahun 315 hari, membuat bantuan gol kemenangan kepada Robert Earnshaw.[95] Pada 7 Oktober 2006, Bale menjadi pemain termuda dalam sejarah menjaringkan gol untuk Wales ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Slovakia menerusi sepakan percuma.[96]

Kelayakan Euro 2016

Pada 9 September 2014, Bale menjaringkan dua gol Wales menewaskan Andorra 2–1 dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan UEFA Euro 2016.[97] Bale menjaringkan dua gol 28 Mac 2015 ketika kemenangan 3–0 ke atas Israel.[98] Pada 12 Jun, penampilan ke-50nya, dia menjaringkan satu-satunya gol untuk menewaskan Belgium.[99] Dia menanduk masuk hantaran Jazz Richards pada 3 September untuk memberi kemenangan ke atas Cyprus, meletakkan Wales tiga mata daripada kelayakan.[100] Pada 13 Oktober 2015, Bale menjaringkan gol ketujuhnya dalam kempen kelayakan ketika menentang Andorra.[101]